Chasing Cherry Blossom 2017: Oryukdo Skywalk -Busan

Nabilah, anak aku nak sangat ke tempat ni. So bila gerak dari Gamcheon pukul 4 aku sebenarnya dah tak sedap hati, “sempat ke sampai sebelum pukul 6?”. Dari Toseong Station kitaorg ke Busan Station.  Sampai kat Busan Station, keluat kat Exit 10. Pastu tunggu bas nombor 27.

Masa kitaorg naik bas dah almost nak pukul 5. Pastu aku pun check kat google map, Ya Allah ambik masa dalam 1 jam perjalanan gak nak sampai. Bertambah debaran aku. Sian plak kat Nabilah kalau tak dapat naik skywalk tu. Dalam bas Hazilah duk kata “Insya Allah sempat”. Dalam hati aku duk berdoa supaya Allah mudahkan dan semoga ada rezeki sampai sebelum pukul 6.

Memang terasa jauh perjalanan… dari dalam bas aku ternampak guesthouse kitaorg, maknanya bas ni lalu kat bas stop depan guesthouse kitaorg. Kalau tau route perjalanan bas nombor 27, actually boleh tunggu kat mana2 bus stop yang bas lalu. So tak semestinya kena naik kat Busan Station.  Klu ada yang nak pegi, try ler study route bus 27.

Makin lama makin kurang orang, aku dah mula nampak laut so masa tu aku dapat rasa ‘yeahhh almost there’. Sky walk ni actually kat last stop bus 27. Tak perlu risau nak tekan loceng kat mana. Paling penting mesti nampak laut.

5.45pm…. bas berhenti. Apa lagi masing berjalan sepantas yang mungkin. Dari jauh nampak bukit kecik, so kena mendaki skit utk ke skywalk.  Mendaki sambil berlari sambil tergelak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ aduhhhh punyalah nak mengejar masa.


Yessszzzaaaaa Alhamdulillah sampai sebelum pukul 6 so pintu ke skywalk belum tutup. Ambik gambar pun punyalah express. Dalam duk bergambar tu tiba2 dengar ahjussi tu duk terjerit2. Manalah kitaorg faham apa yang dia cakap. At last baru faham yang ahjussi duk panggil suruh keluar dari skywalk sebab dah time utk tutup.  Walaupun sekejap aje atas skywalk tu tapi kira tercapailah impian.  Lagipun skywalk ni last destination kitaorg kat Busan.






Aku gan Hazilah meneruskan perjalan ke bawah untuk tengok skywalk dari arah tepi.  Aisyah, Myna dan Nabilah stay kat atas area skywalk.  


Lepas aku gan Hazilah dah abis bergambar, kitaorg lepak tunggu sunset sambil makan kebab. Angin laut kuat, dah mula terasa sejuk. Dah abis dinner kitaorg pun gerak ke bus station untuk pulang. 

Balik senang skit sebab aku boleh stop kat bus station depan guesthouse.  Takyah jalan jauh2, Hazilah gan Aisyah terus ke Busan Station untuk settlekan tiket KTX ke Seoul.  Diaorg berdua akan teruskan perjalanan ke Seoul esoknya, aku plak balik KL.

Berakhirlah sudah misi chasing cherry blossom aku. Kenangan yang paling best bagi aku ialah di Jeonju dan Jinhae. Kenangan yang sangat manis sebab 2 tempat tu yang aku duk aim nak pegi. Busan hanya sekadar persinggahan sebenarnya πŸ˜€πŸ˜€. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

One thought on “Chasing Cherry Blossom 2017: Oryukdo Skywalk -Busan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s