Chasing Cherry Blossom 2017: Gamcheon Cultural Village – Busan

Gamcheon Cultural Village ni memang trademark Busan, dikenali juga sebagai “Santorini of the East”. Kalau datang Busan cubalah sedaya upaya untuk pegi sini. Tapi kalau rasa takde apa yang menarik kat sini boleh aje nak skip. Tiada paksaan sebab minat masing2 kan lain2. Cuma bagi aku Gamcheon ni macam kita pegi Paris pastu wajib pegi Eiffel Tower, sekali pun cukuplah. 




 

How to go?

Dari Haeundae station kitaorg naik subway ke Toseong Station (exit 6). Lepas keluar dari exit 6, jalan mendaki skit kearah stesen bas depan PNU Cancer Centre. Tak perlu melintas pun dari exit 6 tu. Kat stesen bas tu tunggu bas mini nombor 1-1, 2 atau 2-2.

 

Bas mini ke gamcheon
Once nampak tulisan ni dari dalam bas, dah boleh prepare untuk turun kat next bus stop


Opening hours:
March-November 09:00-18:00
December-February 09:00-17:00

 Tips kalau nak elak crowded:
– jangan datang weekend
– datang sini awal pagi

 

Since aku pegi hari Sabtu dan aku sampai pun belah petang, aku memang expect orang ramai. Gamcheon ni besar sebenarnya, dan be prepared turun naik tangga sebab perkampungan ni kat lereng bukit.  

Entrance ke Gamcheon Village
Ramaiiiiii

 

Kitaorg takdelah round satu kampung, ikut aje main road. Kalau rajin boleh ler buat stamp hunting mission. Dapatkan village guide map di Information Centre (kena bayar KRW2,000) so kat map ada lokasi-lokasi yang perlu kita dapat stamp. Kalau misi mengumpul stamp selesai boleh ambik free postcard kat Tourist Information Centre. Apa yang aku tahu, kalau betul2 nak kumpul stamp ni ambik masa dalam 3 jam. Kitaorg memang tak cukup masa nak jenjalan kat sini so sekadar ambik gambar aje.

 

Selain daripada keunikan warna2 rumah di sini, Gamcheon juga terkenal dengan hasi seni di dinding2 bangunan. Indirectly kalau buat aktiviti stamp hunting kita akan jumpa macam2 lukisan yang menarik.








Kalau nak sewa hanbok pun boleh kat sini. Aku tak tengok plak harga hanbok berapa. Personally hanbok experience yang best bagi aku masa kat Jeonju sebab suasana kat Jeonju tu sangat sesuai kalau nak bergaya dengan hanbok.

Ramai anak2 muda sewa hanbok dan school uniform

 

Secara jujurnya aku tidak dapat menghayati Gamcheon dengan hati sebab bila dah terlalu sesak dengan orang ramai aku cepat rasa pening. Nak ambik gambar pun dah hilang mood. Nak buat camne, dah datang hari sabtu, petang plak tu.  Tapi yang bestnya kat sini ada banyak cherry blossom. Posing gan cherry blossom lagi 😊😊😊

Cherry blossom di sekitar Gamcheon

 

Aku gan hazilah aje yg masih semangat nak menapak bergambar dengan cherry blossom heheheh

Ni spot wajib bergambar kalau ke Gamcheon tapi kitaorg malas nak beratur panjang lagipun tak cukup masa

Panjang tau kena tunggu turn, dengan panasnya 😅😅😅
 
Dalam pukul 4pm kitaorg gerak balik untuk ke destinasi seterusnya. Sebenarnya kitaorg kena sampai destinasi seterusnya sebelum pukul 6pm, sebab pukul 6 dah tutup.  Rasa2nya sempat tak kitaorg sampai? Tungguuuuu…… 

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

3 thoughts on “Chasing Cherry Blossom 2017: Gamcheon Cultural Village – Busan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s