Chasing Cherry Blossom 2017: Cara nak beli tiket bas ke Jeonju/Jinhae dari Busan 

Memandangkan bas ke Jeonju dan ke Jinhae dari bus terminal yang sama kat Busan, aku combine cara nak beli tiket dalam satu entri.  Lebih kurang sama aje cara pembelian tiket. Kenapa aku pilih bas? Based on resaerch aku, bas adalah option yang paling sesuai untuk ke Jeonju atau Jinhae.  Kat Tripadvisor ramai yang advise ambik bas sebab lebih mudah dan cepat.


Step 1: Pergi ke Seobu Intercity Bus Terminal

Dari guesthouse naik subway turun kat Sasang Metro Station, Exit 5. Keluar dari exit 5, jalan terus skit pastu belok ke kanan.  Nanti nampak bangunan cam kat bawah ni.

Keluar dari Exit 5 jalan terus nanti nampak building ni. Lepas tu belok kanan

Lepas dah belok kanan, jalan terus kat lorong ni

Nanti nampak tulisan Food Court tu masuk ke dalam bangunan tu


Step 2: Boleh pegi mana-mana kaunter tiket

Sebut aje nak ke destinasi yang berkenaan samada Jeonju atau Jinhae.  Tapi kalau silap pronounce, diaorg tak faham 😅😅  kalau nak selamat cari juga tulisan dalam hangul pastu tunjuk aje kat staff kaunter tiket tu.

Harga tiket:-
Jeonju – KRW17,000/sehala (platform 9)
Jinhae – KRW5,100/sehala (platform 17)

Tak besar sangat kawasan ni, kaunter pun senang nampak
Pegi aje mana2 kaunter


Step 3: Cari platform bas

Info yang ada kat tiket bas; nombor platform dan masa bertolak. Kalau ke Jeonju, kena ikut no seat kat tiket. Tapi kalau ke Jinhae, free seating.

Simple aje utk beli tiket. Dah jumpa platform boleh naik bas pastu tunggu aje bas gerak ke destinasi. 😀😀 

Tiket bas…
Cari platform yang betul.. double check nombor platform kat tiket
Seat bas ke Jeonju 2-1, selesa dan duduk ikut nombor seat dalam tiket
Seat bas ke Jinhae 2-2 dan free seating

Bila sampai kat Jeonju aku pilih taxi untuk ke Hanok Village dari bus terminal. Tepi jalan besar ty berderet taxi. Walaupun aku print booking details aku dalam tulisan hangul, aku tengok macam susah aje driver taxi tu nak faham. Last2 kawan aku buka waze pastu macam ayam dan itik duk bagi arahan kat ajusshi tu.  Alhamdulillah sampai terus depan lorong ke guesthouse yang aku booking.

Bus terminal Jeonju. Ni kat arrival platform
Dari bus terminal keluar ke arah jalan besar. Nanti nampak deretan taxi so boleh naik taxi ke Hanok Village
 
Ni view depan bangunan Jeonju Bus Terminal
Kat Jinhae plak, sampai aje bus terminal aku tunjuk aje gambar Gyeonghwan Station.  So diaorg pun main tunjuk jari kiri, kanan, terus juga.. boleh lah asalkan faham nak ke arah mana. Paling penting jangan malu bertanya, nanti sesat jalan.

Jinhae Bus Station
Comei aje Jinhae Bus Station ni
Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s