Winter Trip 2016: Lijiang – Guanyinxia

Aku tak tahu macam mana nak pronounce nama tempat ni.  Kawan chinese aku dah ajar tapi macam tak masuk kat akal aku.  Aku baca pasal tempat ni kat blog Hang Dhamin. Tapi Hang Dhamin tak tahu nama tempat ni, Alhamdulillah dia snap gambar nama tempat dalam mandarin. So kawan aku yang tolong tuliskan dalam bahasa roman.

Inilah tulisan kat entrance yang aku tengok kat blog hang dhamin. Tq hang dhamin sebab dgn gambar tu aku dpt tahu nama tempat ni
 
Apa yang aku tertarik pasal tempat ni ialah air terjun dan electric car. Mesti korang rasa biasa aje kan? Tapi tulah dalam kita banyak membaca tempat2 menarik ni kadang2 kalau hati dah terpaut dan rasa kuat nak pegi, terpaksalah masukkan juga dlm itinerari. 😅😅😅

View dari dalam van. On d way ke sini lalu kat lereng2 bukit.
 
Dari jauh aku dah nampak trail electric car kat tepi bukit. Lepas tu nampak plak skywalk glass kat tepi bukit sebelah kiri dari trail electric car tu. Aku rasa skywalk tu baru sebab dalam  blog Hang Dhamin takde plak dia mention.

Total kos yang dibelanjakan kat sini:-

  • Entrance – CNY50
  • Electric car – CNY32
  • Cruise – CNY30 (yang ni kalau tak beli pun takper)
  • Glass plank – CNY108 (yang ni kitaorg tak ambik)

Kat area luar ni banyak gerai2 kecik jual buah dll
Lepas entrance akan lalu bridge ni. Nampak tradisional sangat macam zaman dolu-dolu

Kedai souvenier… masa kitaorg sampai petang tu orang pun tak ramai sangat
Electric car
Glass plan… ngeri tak? Kalau rasa gayat jangan naik tau

Bila turun aje dari electric car, boleh pilih signboard ke kiri tu untuk ke air terjun
Inilah air terjun tu… memandangkan aku sorang aje so aku tak pegi dkat sgt. Geng2 lain dah tak larat nak berjalan
Bridget untuk ke arah air terjun

On d way nak turun ke bawah
Cruise nilah yang aku suggest tak naik pun takper. Tapi kalau nak santai2 boleh aje dan kalau ada duit lebih hehehe

Secara overall tempat ni macam biasa2 aje. Masa aku datang ni ada a few bahagian yang tengah renovate. Lepas tu untuk ke skywalk plak, korang kena hiking ke atas so kalau rasa kurang stamina terpaksalah tengok dari jauh aje.  Kitaorg mula2 plan mmg nak naik skywalk tu tapi rupanya tersalah beli tiket, so tiket kitaorg tak termasuk dgn skywalk.  Boleh aje beli tiket on d spot masa tu, tapi dengan sepakatnya kitaorg pun cancel aje bila dah tanya 2/3 org keadaan utk naik ke atas tu. Rasanya macam tak mampu untuk hiking sebab dah keletihan.

Tempat ni adalah penutup kitaorg kat Lijiang. Malam tu kitaorg akan gerak ke Kunming naik train.  

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

One thought on “Winter Trip 2016: Lijiang – Guanyinxia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s