Weekend Gateways: Royal Belum Escapade(1)

~ Day 1 ~

Royal Belum….

Pertama kali aku baca pasal Royal Belum ni kat blog Chawanna. Masa baca tu terdetik kat hati aku “bestnyaaaaa tempat ni!”. Lepas tu apalagi aku pun start ler google pasal Royal Belum. Bila tengok harga houseboat memang nak taknak aku kena pergi beramai2. Macam tak mampu rasanya kalau nak sewa houseboat just untuk family aku aje. Kalau share 2/3 family ok skit.

Almost 3 tahun kot aku duk pendam perasaan. Kalau ikutkan maklumat semua dah ada tapi mood nak arrange trip tak datang2, tu yang duk ‘nanti2’….. Alhamdulillah bila dapat aje pelawaan dari Fazu, apa lagi terus OK aje ler. Since aku pun takyah susah2 nak plan, bayar dan bawa badan aje…

Trip ni 2 hari 1 malam aje. Pengangkutan dari KL pun included so takyah risau nak drive jauh2. Kitaorg bertolak pukul 10.30pm Jumaat malam dari Bangi so Sabtu pagi sampai Royal Belum. Dah lama tak naik bas malam. Masa belajar kat UUM dulu mmg slalu ambik bas malam KL-Changlun. Dalam pukul 4.30am sampai kat Masjid Jamek Gerik. Ada yang mandi sebelum solat Subuh, ada yang sekadar gosok gigi dan solat aje.

Bas yang disediakan sangat selesa. Sebelum gerak posing dulu

Dalam pukul 7am gerak cari kedai untuk breakfast. Perut perlu diisi dulu sebelum mulakan journey kat Royal Belum nanti. Pukul 9am sampai kat Tasik Temenggor dan dari jauh dah nampak houseboat yang kitaorg akan naik nanti. 

Houseboat dari tempat parking bas

Lepas dah letak beg kat dalam houseboat, Anis bagi briefing pasal trip dan juga peraturan2 yang perlu diikuti. Houseboat yang kitaorg sewa ni 3 tingkat; 1st level ada dapur, toilet dan hall; 2nd level ada 8 biji bilik dan toilet; 3rd level plak open space untuk lepak2 di pagi hari dan malam hari. Tengahari tidak digalakkan untuk lepak kat atas sebab panas terik. Tapi kalau rasa nak berjemur ok aje. Hehehehe

Meninggalkan jeti… bermulalah 2 hari jauh dari hiruk pikuk dan tanpa internet
 
Tempat briefing ni kat level 1
 
Anis dan Fazu… orang kuat Royal Belum Escapade 2017
Bilik aku and ‘d geng kat level 2. Tingkap tu memang takde langsir
Ni level 3, Memang best kalau lepak waktu malam. Malam tu hujan so kitaorg takde rezeki nak lepak sambil tengok bintang.


Perkampungan Orang Asli

Perjalanan ke perkampungan orang asli mengambil masa lebih kurang sejam setengah dari jeti. Sementara tu masing2 duk melayan pemandangan tasik dari atas bot. Subahanallah memang rasa aman aje bila tengok air yang tenang dan pokok2 yang hijau. Pukul 12pm camtu kitaorg sampai kat Kampung Aman Damai. Nama kampong pun macam suasana sekeliling “aman damai”, hati pun aman aje hehehehe. 

Tenang… suasana yang sukar untuk dinikmati di KL
Hijau, biru, putih… warna yang memberi ketenangan
Bot sebagai pengangkutan rasmi di Royal Belum
Reflection
Perkampungan orang asli dari kejauhan
Semakin menghampiri…
Kampung Aman Damai… sesuai dengan suasan sekeliling nama kampung ni

Kami berkumpul di dewan terbuka untuk mendengar penerangan ringkas pasal penduduk kampong dari Tok Batin. Di Royal Belum ni ada 18 suku orang asli dan setiap suku mempunyai penempatan yang berbeza. Kampung Aman Damai ni terdiri daripada suku Jahai. Jumlah penduduk kat sini 105 orang yang terdiri daripada 17 keluarga. Hasil pendapatan penduduk dari hasil rotan, getah, kayu geharu dan ikan.

Anak2 berkumpul kat dewan…. menunggu kitaorg turun dari houseboat
Dewan terbuka tempat kitaorg mendengar penerangan dari Tok Batin
 

Guide kitaorg dah pesan siap2, kalau pegi ke rumah orang kampong jangan jenguk dalam rumah. Macam pantang larang diaorg ler. So kalau nak distribute makanan ringgan atau lain pada anak2 diaorg just bagi kat luar rumah aje. Actually kalau datang sini boleh bawa jajan untuk anak2, boleh bawa baju terpakai dan juga boleh bagai sumbangan dalam bentuk wang tunai.

Tok Batin kata kaum wanita sangat pemalu so just stay kat luar rumah aje kalau nak bagi jajan pada anak2
Antara barang yang dibawa, jajan; pakaian terpakai
 

Kampung ni ada generator tapi dalam sehari generator akan dipasang selama 2 jam aje. So masa tu diaorg akan tengok tv ramai2 kat dewan tempat kitaorg berkumpul tu. Sumber air plak aku tengok diaorg gunakan air tasik.

 

Basuh kain
Anak2 main di tepian tasik… tak sure diaorg tengah buat apa
Tak lepaskan peluang untuk cuba menyumpit… memang berbakat masing2
.

 

  

Air Terjun Kooi

 

Kena naik speedboat untuk ke air terjun

Selepas melawat perkampungan orang asli, kami ke Air Terjun Kooi plak. Perjalanan dari Kg. Aman Damai lebih kurang 20 – 30 minit aje. Untuk sampai ke area air terjun tu kena jalan skit. Lebih kurang jungle trekking ler, enjoy the green view along the way.  


Dah nampak air terjun dari kejauhan… Subhanallah

Kawasan air terjun ni banyak batu so just watched your step. Kalau nak mandi memang kena pegi betul2 bawah air terjun sebab takde tempat takungan air untuk mandi manda. Aku memang malas nak membasahkan diri so berdiri kat tepi aje sambil snap gambar kawan2 lain.

Becarefull masa jalan kat area ni… penuh dengan batu. Masa ni tengah mendaki skit untuk ke air terjun

Ini antara gambar kegembiraan diaorg kat bawah air terjun… sejukkkkkkk 😬😬😬

 

Lepas abis mandi manda di air terjun, balik semula ke houseboat untuk minum petang dan berehat. Petang tu aktiviti bebas, ada yang pegi memancing; ada yang main rakit dan mandi tasik. Aku macam biasa duk kat atas houseboat dan ambik gambar aje.

 

Untuk santapan malam
Inilah orang kuat BBQ
Malam tu lepas solat dan dinner, aku terus masuk bilik dan tidurrrrr….. Alhamdulillah sangat lena sebab kepenatan.

Cerita Day 2 kat Royal Belum next entri ya… 😉
Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

Advertisements

4 thoughts on “Weekend Gateways: Royal Belum Escapade(1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s