Winter Trip 2016: Pilihan Cara Xplorasi Lijiang dan Kunming

Stop kejap entri pasal Lijiang. Nanti aku sambung cete Black Dragon Pool.  Entri kali ni Insya Allah aku nak share pasal cara untuk explore Lijiang dan Kunming.  Ada yg PM, ada yang tanya kat blog.. so mayb ada yg tertanya2 aku pegi sendiri or aku pegi dgn tour.

Meh aku share pilihan yang ada, ini pun berdasarkan apa yg aku tau. Maybe kurang, maybe lebih; yang penting korang dapat idea.  At last pilihlah mana2 cara pun as long as korang selesa.

1. Bas

Berdasarkan pembacaan aku, kalau nak ke tempat2 menarik seperti Stone Forest dll boleh naik bas. Ada gak aku terbaca kat blog lain yang blogger tu round bandar Kunming atau Lijiang dengan menaiki bas. Tapi aku memang tak explore pasal bas ni sebab aku dan kawan2 decide takmo naik bas. Memandangkan 5 hari aje, kitaorg nak optimize betul2 masa yang ada.  Kalau korang ada kelapangan masa bolehlah try explore Kunming dan Lijiang dengan bas.

2. Metro Train/Subway

Kat Lijiang mmg takde train/subway. Kat Kunmig plak ada metro train tapi coverage train kalau tak silap dalam bandar aje.  Kalau nak ke interesting places luar kawasan bandar memang takde train. So train/subway bukan pilihan aku juga.  Kalau nak rasa naik metro train, boleh naik dari Kunming Airport untuk ke Kunming Railway Station.

3. Taxi

Kalau kat Lijiang, luar Lijiang Railway Station (belah kiri) korang akan nampak van taxi warna biru. Satu van tu boleh muat 6 orang.  Nak senang ambik aje taxi, cuma pastikan install google translate offline dalam handphone sebab bahasa adalah cabaran utama kalau ke China. Harga taxi aku tak sure sangat sebab aku tak gunakan perkhidmatan taxi masa kat Lijiang.  

Kat Kunming airport aku tak sure ada ke tak van taxi macam kat Lijiang.  Masa sampai kat Kunming Aiport, keluar aje dari arrival ada minah ni nama dia Lisa approach kitaorg untuk bawa ke Kunming Railway Station.  Ala-ala macam prebet sapu.  So aku nak kata taxi pun bukan rasanya…. kitaorg decide naik van Lisa ni since harga yang dia offer per pax sama aje dgn harga klu kitaorg naik airport shuttle bus ke railway station. Bila aku borak2 gan Lisa dalam van, rupanya dia tour guide bawa org jenjalan sekitar Kunming.  Pandai cakap english, so agak senang gak untuk komunikasi. 

Ini business card Lisa kalau ada yang berminat nak guna service dia

Ada pembetulan skit kat email address Lisa. Email add yang betul km_lixiaohong@163.com

4. Daily tour

Daily tour ni adalah pilihan kebanyakan pengunjung Lijiang atau Kunming.  Daily tour ni tak perlu booking dari awal. As long kita jumpa booth tour agent atau van taxi yang provide daily tour.  Contoh offer yang slalu ada kalau kat Lijiang; daily tour ke Jade Dragon Snow Mountain + Baisha Village. Kalau kat Kunming plak daily tour yang paling glamer Stone Forest + Juixiang Cave. Harga? Kalau ikut Lisa, dia offer harga daily tour CNY700/van.  Maybe harga berbeza ikut tour guide san juga destinasi.  Slalunya diaorg dah ada pre set destination utk daily tour.

5. Ground Package

Ok inilah pilihan aku dan kawan2 untuk explore Lijiang dan Kunming.  Tapi bukan full ground package. Basically kitaorg ambik macam daily tour cuma booking terus untuk 4 hari. Kenapa aku kata bukan full ground package? Sebab itinerary; hotel; booking train; semua aku urus sendiri.  So aku contact Keith (Lijiang Guides) tapi dia tak buat tour only.  Keith buat full ground package.  Tak lama lepas tu Aaron dari Wonders of Yunnan Travel contact aku.  Aaron dpt info dari Keith. Alhamdulillah bagus gak Keith ni.  Actually aku dah prepare dah untuk cari daily tour masa sampai Kunming/Lijiang aje lepas Keith turn down my request.  Aku bagi itinerary aku kat Aaron, lepas tu dia bagi quotation.  Quotation dari Aaron hanya untuk tour van + guide (mandarin), CNY3,400 untuk 6 pax selama 4 hari iaitu 2 hari di Lijiang dan 2 hari di Kunming.  Kalau nak guide yang boleh speak english, diaorg charge USD90/day πŸ™€πŸ™€πŸ™€ pengsan aku baca harga tu. Dengan budget yang very limited kitaorg proceed aje dengan guide mandarin.  Tapi bagi yang nak full ground package, Wonders of Yunnan Travel pun boleh buatkan, yang penting sediakan duit aje.

Agak selesa gaklah untuk kitaorg ber6. Aku jadi co-pilot heheheh
Curi2 snap gambar guide kitaorg kat Lijiang. Sangat baik… dan kitaorg tak rasa kekok berkomunikasi menggunakan google translate
Aku harap korang dah dapat gambaran mcm mana aku jenjalan kat Kunming dan Lijiang…. since aku ada itinerary sendiri dan tempat yang aku nak pegi, so demi masa aku mencari cari yang paling efektif untuk group. Alhamdulillah semua travel buddies aku bermuafakat dalam mencari penyelesaian yang terbaik.   Paling penting semua happy…. 😘😘😍

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s