Winter Trip 2016: Lijiang – Jade Dragon Snow Mountain

~14 Dec 2016 ~

Jade Dragon Snow Mountain (JDSM) juga dikenali sebagai Yulong Mountain oleh masyarakat tempatan. Kalau kat Lijiang lebih senang mention nama Yulong Mountain. Sejujurnya aku tak pernah tahu kewujudan tempat ni. Allah rezekikan aku melihat gambar Missz Nur kat fb or IG aku dah tak ingat.  Jatuh cinta pandang pertama… 💓💓💓

Selepas Beijing mmg aku tak pernah ada rasa nak ke China tapi bila tgk gambar JDSM terus aku berazam utk pegi tempat ni. Aku PM Misz Nur untuk tanya serba sedikit pasal tempat ni dan macam mana nak pegi.  Since that aku dan start research although aku tak tahu bila aku boleh pegi.  Cuti tak banyak dan aku dah ada plan utk 2016, so mcm susah nak selit plan ke Lijiang.

Tiada siapa dapat menandingi perancangan Allah.  Patutnya aku ke Kashmir bulan Dec tapi terpaksa dibatalkan.  Disebabkan minda dah set utk berjalan so ligat aje cari tempat ganti. memandangkan research dan tentative itinerary mmg aku dah buat apa lagi ke Kunming/Lijiang kita.

JDSM ni setinggi 4506 meter,  kalau nak ke puncak kena naik lagi dalam 200 meter. JDSM ni terletak sejauh 20km dari Lijiang Town, almost 2 jam perjalanan, aku pun tak bape ingat sebab excited sangat.  Korang jangan risau ya, sebab tak perlu nak hiking untuk naik ke atas. Ada cable car sampai ke aras 4506 meter. Kalau nak ke puncak aje kena jalan sikit.

Ikut aje track kayu tu klu nak ke puncak. Just make sure pakai kasut yg comfortable.
Setakat ni ajelah aku sampai. Huhuhu tak capai impian nak ke puncak

 

Kalau based on pembacaan aku kat blog orang lain, AMS atau Acute Mountain Sickness mmg sangat common bagi sesiapa yang naik ke JDSM.  Tapi ada juga yang OK.  Aku plak still ada rasa takut kena AMS tapi dalam masa yang sama aku rasa sama aje macam aku naik Mount Titlis.  Masa aku naik Titlis macam takde apa2 so dalam hati aku rasa Insya Allah takde apa2 kot kalau naik JDSM.  Aku still beli pil altitude sickness untuk persediaan sebelum naik. Patutnya pil ni kena makan sehari sebelum tapi sampai Lijiang guide tu inform yang kena naik JDSM pagi tu.

Arin dan oxygen can. Wpun dah turun tapi masing2 masih terasa ‘weng’ hehehe

 

Tips yang aku boleh bagi:

  • jangan naik JDSM masa 1st day sampai Lijiang sebab takut badan letih lagi since naik train malam tu. (kalau korang ambik sleeper train ler)
  • minimum stay 3 hari kat lijiang so pegi JDSM 2nd day. klu kena AMS at least malam tu boleh rest cukup2 kat bilik.
  • beli oxygen at least 1 wpun korang rasa cam “kuat”.  kalau nak naik puncak bawa 1 lagi spare.  aku rasa oxygen tu sikit aje satu can.
  • 3 kali sedut oxygen ya, bukan sekali aje supaya oxygen betul2 sampai ke otak kita.
  • kalau memang dah rasa pitam atau kepala pusing teruk better terus ke cable car dan turun.
  • bawa spare plastik kot2 muntah.
  • make sure makan sebelum naik JDSM. pastu bawa spare food dan air.
  • pegi toilet masa kat area nak tunggu shuttle bas untuk mengelakkan guna toilet kat atas JDSM.  toilet kat atas sangat sangat sangat tidak menyelerakan.  kalau dah terpaksa nak ke toilet, then guna ajelah.

 

Berapa kos yang terlibat?

Entrance fee: CNY130
Cable Car + Shuttle Bus: CNY200

Tempat beli tiket cable car. Masa ni still kat tanah datar. Lepas beli kena teruskan perjalanan lagi
Kaunter tiket. Main tunjuk jari aje utk kuantiti tiket hehehe
Ini entrance ke JDMS. Dari emtrance ni still jauh lagi ke tempat cable car. CNY130 tu bayar kat sini

Tiket shuttle bus

 

View masa on d way ke tempat shuttle bus

 

Simpang ke cable car. Tapi kena parking van kat tempat lain untuk naik shutlle bus ke cable car station

 

Masuk ke dalam bangunan yang ada tulis Snow Kitchen tu untuk ke tempat menunggu shuttle bus
Q tunggu shuttle bus. Masa ni kitaorg ber6 aje bangsa asing. Org lain semua local people
Bas dah sampai, jom kita….
Turun dari bas kat sini dan masuk dalam bangunan tu untuk naik cable car

 

Nun bangunan hujung tu tempat naik cable car. Jom naik JDSM!
Kecut perut sebenarnya… tapi demi view yang cantik bertabahlah
Dah nak sampai… Alhamdulillah
Bila kuar dari cable akan lalu tempat ni. Oxygen can ada juga jual di sini kalau takmo beli kat Lijiang
Keluar aje dari bangunan akan nampak platform ni. Kat situ ada batu yang tulis 4506. Jgn lupa posing kat batu tanda tu
Subhanallah… berbagai rasa ada bila tengok view ni. Betapa Allah Maha Besar
Another magnificent view… Subhanallah
Excited bergambar sampai lupa yang platform ni tergantung hehehe
The peak of JDMS
Bila boleh kembali ke sini untuk naik atas tu? Semoga Allah rezekikan aku untuk kembali, Insya Allah

 

Kesejukan kat atas ni between 1 – 5 Celcius.  Memang sangat sejuk.  Tak lama lepas kitaorg sakan bergambar kat platform ni, masing2 dah mula kena AMS.  Masa tu still ada semangat nak naik ke atas tu. Zaza duk cakap, kita naik perlahan-lahan kak.  Tapi at last mmg tak mampu untuk meneruskan niat ke puncak.  Dah sampai sini pun Alhamdulillah sebab dapat tengok view yang sangat cantik. Speechless…..
Till then c u in my next journey, Insya Allah……

Advertisements

5 thoughts on “Winter Trip 2016: Lijiang – Jade Dragon Snow Mountain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s