Haru Trip 2016: Asakusa, Tokyo

~ 2 Mei 2016 ~
 

Kalau nak cari souvenier Jepun, bagi aku kat Asakusa ni paling best untuk beli souvenier. Nakamise Street, Sensoji Temple dan Kaminari Gate antara tempat yang wajib pegi bila sampai Asakusa. Sepanjang Nakamise Street ni banyak kedai yang jual souvenier dan local snacks. Slalu org mesti ingat kedai yang depan skali harga mahal dari kedai yang kat belakang; tapi honestly harga souvenier kat sini tak menentu. Ada certain souvenier murah kat depan, ada yang murah kat belakang. So klu rajin jalan aje dulu dari depan sampai kebelakang untuk survey harga. Tapi kalau dah jumpa yang berkenan beli aje ler heheheh

beg comei
selipar jepun dan baju kimono lelaki
nak jadi ninja? boleh beli utk anak hehehe
antara souvenier yg ada. fridge magnet, key chain, t-shirt semua ada
nak beli kimono pun boleh
suka tgk payung kat jepun, comei2

 

Selain daripada itu Asakusa juga terkenal dengan Kimono. Mula2 mmg aku and the geng plan nak sewa kimono tapi bila tengok harga terus cancel. Mahal bebenor baik simpan duit tu. Harga sewa kimono kat sini dalam ¥3000 – ¥5000 (RM120 – RM200). Maybe ada yang murah, aku pun tak sure. Alhamdulillah dapat gak merasa pakai kimono kat Saiko Iyashi No Sato Nenba. Murah aje ¥500 (RM20), puas berposing gan kimono.

kimono utk disewa tapi nak nangis tengok harga
dapat bergambar dengan org yg pakai kimono pun jadilah huhuhu

 

Sebelum datang Tokyo aku tak survey sangat pasal rickshaw tapi bila sampai aje area Kaminari Gate tu aku tengok ramainya abam-abam yang dok promote rickshaw kat tourist. Memang menarik round Asakusa naik rickshaw, terasa macam zaman Jepun masa dulu2. Tapi bila tengok harga, lagi skali terpaksa pendamkan aje impian nak naik. Tour 30 minit untuk 2 org berharga lebih kurang ¥9000 (RM360). Sedihhhhh sebenarnya sebab teringin sangat nak cuba local culture. Insya Allah lain kali bila visit Kyoto so kena kumpul duit lebih skit.  

sepanjang jalan banyak rickshaw, pilih aje nak yg mana
frust tak dpt naik

 

Lagi satu tempat wajib pegi bila sampai area ni ialah Asakusa Culture Tourist Information Center. Naik lif sampai tingkat 8, kat level tu ada observation deck. Boleh tengok Nakamise Street dan sekitar Asakusa dari atas. Free aje takyah bayar. Kat sini ada public toilet dan café. Klu nak berpecah dgn kawan2 boleh jadikan tempat ni sbg spot untuk menunggu.

inilah rupa asakusa tourist information centre
naik terus tingkat 8 ke observation deck
nakamise street dari atas
boleh nampak tokyo skytree
ada cafe, wifi dan tempat rest

 

Lastly nak pesan, pastikan bawa duit yang cukup ya untuk beli souvenier.

Macam mana nak pergi?

Dari Tokyo Station

Ambik JR Yamanote Line ke Kanda Station (2 minit, ¥140) dan transfer ke Ginza Subway Line untuk ke Asakusa (10 minit, ¥170).

 Dari Shinjuku Station

Ambik JR Chuo Line (orange) ke Kanda Station (10 minit, ¥170) dan transfer ke Ginza Subway Line untuk ke Asakusa (10 minit, ¥170).


Till then c u in my next journey, Insya Allah……

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s