Haru Trip 2016: Tokyo Dari Kacamata Ku

~ 1-3 Mei 2016 ~

Jepun mmg sangat terkenal sebagai sebuah negara yang rakyatnya berakhlak baik, alam sekitar yang bersih, rakyat yang kuat bekerja, negara yang paling selamat dan juga negara yang sangat maju serta berasaskan teknologi.

Secara jujurnya aku hanya sekadar membaca tentang Jepun tanpa ada sekelumit pun rasa untuk travel ke sana. Minat aku pada nature dan tempat yang sunyi sepi sangat tinggi so klu tempat tu penuh dengan hutan batu dan juga hiruk pikuk aje mmg susah ler nak datang minat tu. Tapi sebenarnya klu pegi travel mana boleh lari dari bandar2 besar… sebab airport pun banyak yang kat bandar. Bila dah sampai kenalah juga buat city tour.  

‘lautan batu’ atau ‘hutan batu’?
Kenapa tiba2 aku nak ke Jepun? Sebab aku tertengok gambar bunga Shibazakura yang berlatarbelakangkan Mt. Fuji (dah tak ingat kat mana aku tengok Shibazakura tu). Subhanallah… mcm org jatuh cinta pandang pertama heheheh. Kebetulan masa aku tengok tu spring dah abis so terpaksalah tangguh ke tahun lagi satu.

inilah bunga shibazakura tu… di hiasi plak dengan mt. fuji 😍
Since aku ni bini orang so ada ler beberapa syarat yang aku kena ikut, yang penting suami izinkan aku pegi jenjalan. Kalau ikutkan 2016 adalah tahun aku duk diam2 sampai anak2 abis periksa. Dah ler tahun ni 2 org anak aku ada periksa besar. Tapi sebab dah jatuh cinta sangat2 gan Shibazakura aku rasa cam takleh nak postpone dah. Hahahaha sebenarnya syndrome nak berjalan. Mana boleh tahan duk diam tak kemana2 10 bulan. Memang parah betul aku ni. Alhamdulillah dan aku aku berterima kasih sgtttttt gan hubby aku yang sangat rajin melayan kehendak bini dia ni. Akhirnya dapat ler aku ke Jepun tapi short trip aje, no long trip. So that’s why aku pegi area Tokyo aje. Kalau nak masukkan Osaka/Kyoto at least kena 2 minggu baru best. Takperlah yang penting dapat izin, I can’t ask for more. Lepas trip Jepun ni aku kena duk diam2, “faham ya Azura” hehehehe

Apa yang aku lihat di Tokyo?


1. Customer Service memang TIP TOP.

Staff di kaunter pembayaran sentiasa senyum dan greetings customer. Sebenarnya satu perkataan pun aku tak paham apa yang diaorg cakap sepanjang aku kat kaunter tu. Aku hanya senyum dan mengangguk aje. Lepas tu aku tengok diaorg ulang ayat yang sama pada customer lain. Paling aku kagum diaorg boleh maintain senyuman yang sama dan mengulangi ayat yang sama untuk setiap customer. Tak penat ke bibir tu?


2. Kebanyakan rakyat Jepun jalan sgt pantas. Memang mengejar masa betul, aku pun tak tahu diaorg kejar apa sebab setahu aku train semua on time dan frequency train pun banyak. Aku tak cukup lama lagi stay kat Tokyo untuk memahami diaorg. Tapi mungkin juga diaorg menghayati Surah Al-Asr (103).

3. Klu time jalan2 dan tiba2 korang terjatuh, silalah bangun sendiri ya sebab orang Jepun tak ambik port pun pasal org keliling. Jgn harap ler diaorg akan berhenti tolong. Diaorg akan jalan macam tak nampak apa2.  

rata2 org jepun sibuk dgn handphone. sama gak gan org korea tapi aku rasa kat mana2 pun mmg semua sibuk gan hp…
4. Hidup orang Jepun ni penuh dengan rules, penuh dengan prosedur yang perlu diikut. Bagi kita mungkin rules atau prosedur tapi bagi diaorg mayb itulah culture yang telah diterap dari kecik. Tapi secara kasarnya pada pandangan aku, diaorg hidup macam robot pun ada. Dari muka diaorg boleh nampak betapa kosongnya jiwa diaorg sebab cara tindakan diaorg telah diatur dan itulah cara yang perlu diikut. Mungkin sebab tulah kes bunuh diri sangat tinggi di Jepun. Boleh google tajuk filem ‘The Forest’. Aku takmo cete banyak, just google yek.

‘the forest’ yang jadi tempat bunuh diri tu dekat area tasik tu lah…
5. Train adalah main transporation kat sini, so train station seperti Shibuya Station, Tokyo Station, Euno Station memang sangat pack. Tapi Insya Allah kita takde rasa risau pun pasal kes penyeluk saku. Tapi utk spesis yang macam aku, stay kejap aje kat station ni dah mula nak rasa pening. Ramainyaaaaa Hamba Allah.

train untuk kemana2… cepat dan mudah, kaki aje yang kena tahan utk berjalan hehehe
shinjuku station…. sesak sesak, rasa nak cepat aje keluar dr station

 
Itu hanyalah pendapat aku berdasarkan pandangan kasar aku selama beberapa hari aku di Tokyo. Mungkin betul, mungkin salah…. Mana yang baik aku rasa tak salah utk diikuti. Apa2 pun cukuplah sekali aku ke Tokyo tapi tak tahulah klu next time ada rezeki lagi ke sini. Klu aku tak datang, mana mungkin aku tau aku suka ke tak Tokyo. Betul tak? Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri so #dare2dream and experience it by yourself. Insya Allah pasti ada ibrah yang boleh kita ambil. Semoga Allah rezekikan kita untuk melihat dengan mata hati bukan hanya sekadar dari kaca mata zahirnya sahaja. Amin…..
 
Till then c u in my next journey, Insya Allah……
 

Advertisements

4 thoughts on “Haru Trip 2016: Tokyo Dari Kacamata Ku

  1. Salam. saya akan pergi Jepun next week. ada tak cara untuk make sure makanan dekat sana tu boleh dimakan ? untuk street food camtu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s