Weekend Gateways: Sehari di Phnom Penh

~ 1 Feb 2016 ~

Perjalanan ke Phnom Penh dari Siem Reap lebih kurang 7 jam.  Kitaorg naik bas malam, so jimat kos guesthouse semalam 😀😀.   Kalau nak tau pasal bas Giant Ibis ni boleh baca kat –> SINI.

Bolehlah tido wpun bukan tilam empuk tapi yg aku tak tahan sejuk aircond 😁😁😁.  Selimut ada disediakan tapi tak tebal sgt, pastu aku plak cam tunjuk terror tak pakai sweater. 😂😂😂

camnilah keadaan dlm bas.bukan kerusi tau tapi katil so boleh baring dgn selesa.

Kitaorg terus ke Nawin Guesthouse utk check in.  Sepanjang perjalanan ke guesthouse aku dpt tgk keadaan sekeliling PP.  pendapat peribadi aku bandar ni agak kotor dan banyak sampah kat tepi2 jalan raya.  Bunyi hon motor dan kereta kedengaran bila di simpang2 jalan sebagai tanda ‘please alert, aku nak lalu ni’.  Bunyi hon tu bukanlah sebab marah tapi lebih kepada alert utk driver lain.

 

dr atas tuk tuk. masa ni on d way ke guesthouse
  
mekong riverside
 

Dah settle bersihkan diri masing2, kitaorg pergi breakfast dulu.  Perut mesti kenyang sebelum jenjalan 😋😋.   


Muzium Pol Pot

Kitaorg pegi muzium Pol Pot dulu.   Asal tempat ni ialah sebuah sekolah tapi Pol Pot jadikan penjara dan tempat seksaan.

ni guideline utk visit muzium pol pot. ikut aje map ni

Boleh baca entri pasal Muzium Pol Pot kat –> SINI.


Russian Market

Mcm mana dpt nama ‘Russian’ sebab pada tahun 80-an, kebanyakan pelancong yang dr Rusia.  Klu nak beli souvenier boleh beli kat sini.  Tapi barang yang dijual lebih kurang sama dgn barang kat Night Market, SR.  Kitaorg tak round abis pun sebab tak tahu nak beli apa.  Kualiti pun biasa2 aje.  Memang kejap aje kat sini.

 

kat area luar russian market
  
nenas ni sgt manis. satu plastik tu ada 2 biji, harga 1USD
  
buah ‘tak tahu nama’ hehehe
  
  
ala2 lala, ramai beli benda ni utk kudap2. satu masin, satu peadas. aku agak aje hehehe
  
   

  
Memandangkan kat PP ni takde tempat menarik sgt nak pegi, lepas lunch kitaorg balik rest dulu kat guesthouse.  Kat PP banyak temple tapi cam tak best aje nak visit temple, baik kitaorg balik ambik nap kejap 😀😀😀


Masjid Jami’ul Islam

  

Kat PP ni ada sebuah masjid besar dan sgt luas kawasan masjid ni.  Jgn tak singgah ya klu dah dtg PP.  Masjid ni dibina oleh orang kaya Arab.  Semoga Allah murahkan rezeki dia.   Sepanjang jalan nak ke masjid ni ada banyak gak pilihan restoran makan halal.  

  


Kg. Choy Changva (Kg Muslim)

  

Jumlah org Islam di PP tak ramai sgt, tak sampai 1,000 orang pun.  Tujuan kami singgah kampung ni sebab nak menyampaikan hajat org utk beri bantuan kepada individu/keluarga yang susah.  Di sini kami ditemukan dgn ustaz yang menjadi tonggak utama dalam masyarakat islam di kampung ni.  Kami sampaikam hajat kami dan minta tolong ustaz utk temukan individu/keluarga yang memerlukan.

Ustaz dan anak perempuan dia pandai cakap melayu so senang skit komunikasi kami.  Anak2 lelaki ustaz semua belajar di sekolah tahfiz di Msia.

ini kedai runcit ustaz dan keluarga dia. ustaz yang pakai kopiah kat belakang tu.
kedai runcit ustaz

 

rumah pertama yg kami pegi
  
rumah ni tanpa pintu dan tingkap 😞 bayangkan klu hujan
  
pemilik rumah ni benarkan keluarga ni utk tinggal di bawah rumah beliau. murninya hati pemilik tumah ni
 

 

masjid ni dibina oleh ngo dari msia hasil sumbangan wakaf rakyat msia
  
madrasah
 


Sekitar Phnom Penh

 

boat house… kebanyakan mereka adalah org islam
 
 
sunset view
  
 
 
free senamrobik utk pesakit darah tinggi dan lain2. hidup cara sihat, bagus sgt masyarakat sini
 
  
   
   
Abislah satu hari di PP.  Bagi aku biasa2 aje tu sebab aku rasa better spend masa kat SR aje compare PP.  Tapi terpulang pada selera masing2.

Bila pegi negara yang dhaif dari negara kita, keinsafan dan kesyukuran sgt terasa.  Betapa susahnya org Islam bila menjadi minoriti.  Iman mereka diuji lebih kuat dr kita sedangkan kdg2 kita rasa Allah telah uji kita dengan ujian yang berat.  Tapi selalulah kita beringat “susah yang kita rasa, ada yang lebih susah dr kita”.   Semoga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa redha atas ujianNya. Amin….

Kurangkan komplen…
Kurang pandang mereka yang lebih dr kita….
Bermusafirlah untuk lebih menghayati ibrah…..

 

phnom penh dr atas flight

 
bye bye phnom penh
 
  
Till then, c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s