Weekend Gateways: Siem Reap-Kg. Chong Khneas

~ 30 Jan 2016 ~

Lepas lotus farm kitaorg singgah sebuah kampung yang diberi nama Kg. Chong Khneas, sebuah kampung nelayan.  Semua rumah2 kat sini tinggi2. Nak tau kenapa? ๐Ÿ˜‰

jalan masuk ke kampung dari jalan besar

Actually dalam bulan Jun – October air Tonle Sap Lake akan naik tinggi dan air tu boleh sampai ke kampung ni.  Mula2 Kasim cete aku macam tak boleh imagine mcm mana air tu boleh sampai sini sebab kampung ni bukan sebelah gan tasik pun.  Nanti dlm entri pasal Tonle Sap Lake aku tunjuk setinggi mana air tu boleh naik.   Tak boleh imagine klu aku tgk air tu depan mata, takut aku.๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ
   
   

Kat atas tu gambar keadaan rumah sekitar Kg. Chong Khneas.

Bila lalu keliling kampung, bau agak tak berapa ‘best’ sgt.  Aku tgk kat bawah rumah2 tu penuh dgn sampah sarap so aku rasa bau tu sebab sampah2 tu.  Masa kat sini Ya Allah betapa dhaifnya aku tgk, sedih pun ada, actually mmg betullah kita kena tgk org yang lebih susah dari kita, barulah terbit rasa syukur apa yang kita ada jauh lebih besar nikmatnya. ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Rumah2 tu semua kebanyakannya takde bilik, sekadar ruang 4 segi macam kotak.  Ada yang memasak kat beranda luar.  Sedangkan kita di Malaysia sibuk nak rumah yg besar.  Ya Allah malunya aku dgn diri sendiri yang sentiasa rasa tak cukup. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

  
 

kami ternampak rumah ni yang agak cantik dan kemas compare dgn rumah2 lain. rupa2nya rumah ni adalah sumbangan dr dermawan arab utk keluarga muslim di kampung ni.
 

Dari dalam tuk2 aku nampak anak2 duk bermain, umur mereka dlm 3-6 tahun.  Apa yang sayu mata aku memandang, anak2 bermain dalam keadaan tanpa seurat benang.  Aku sangat tak duga dengan apa yang aku lihat sebab kalau aku tahu boleh aku bawa pakaian yang sesuai utk diberi.

masih boleh tersenyum ๐Ÿ™‚

Tips: Kalau ada sesiapa yang plan nak ke SR dan bercadang nak ke kampung ni, bawalah baju anak2 dan jajan yang sesuai utk diberi.

Masing2 diam dan macam2 agaknya yg ada dlm pikiran masing2, termasuk aku.  Tak terluah apa yang dilihat depan mata….

Kami meneruskan perjalanan dan tak jauh dr situ terdapat sebuah masjid di tepi jalan.  Kat kampung ni terdapat lebih kurang 30 keluarga muslim.

 

masjid yang dibina oleh malaysia. inilah hasil sumbangan org2 malaysia yang dermawan… Alhamdulillah
 
 
belah kanan sekali tu adalah imam masjid ni, imam ismail
 
 
keadaan dalam masjid
  
pembahagi ruang antara tempat solat wanita dan lelaki
 
 
tempat mengambil wudhu di belah belakang masjid
  
sawah padi yang sangat subur. sawah ni di tanam oleh keluarga muslim disini
 

Sebelah ruang solat tu ada madrasah, tempat ustaz2 mengajar anak2 tentang Islam.  Salah sorang ustaz kat situ ialah Bakair.

   

kusyuk mendengar explaination dr ustaz bakair
  

anak2 bermain kat depan madrasah. bahan2 binaan yg ada kat belakang tu utk pembinaan madrasah
anak2 ni suka bergambar… ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ happy sgt

Tips: jgn lupa masukkan sedikit sumbangan dalam tabung masjid ya.




ููŽุจูุฃูŽูŠูู‘ ุขู„ูŽุงุกู ุฑูŽุจูู‘ูƒูู…ูŽุง ุชููƒูŽุฐูู‘ุจูŽุงู†ู  
So which of the favors of your Lord would you deny? (Ar-Rahman)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman)


Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

One thought on “Weekend Gateways: Siem Reap-Kg. Chong Khneas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s