Autumn Trip 2015: DMZ

I guess this will be my last entry for my autumn journey in South Korea.  Ops πŸ™Š tiba2 speaking london plak…. Hehehehe 

DMZ atau Korean Demilitarized Zone ni macam sempadan selamat antara Korea Utara dan Korea Selatan. DMZ ini terhasil selepas perjanjian diantara Korea, China dan United Nations pada tahun 1953. Join Security Area (JSA) merupakan tempat pertemuaan antara Korea Utara dan Korea Selatan semasa perundingan dijalankan. 

Selain daripada itu, ada 4 terowong bawah tanah yang dijumpai oleh Korea Selatan dan kemungkinan terowong tu dibina oleh Korea Utara. Tapi Korea Utara menafikannya.  Sekarang ni keempat2 terowong tu dah ditutup tapi terowong no 3 dibuka kepada pelancong.  Jangan samakan dengan terowong bawah tanah kat Vietnam ya. Aku takleh compare pengalaman sebab tak pernah pegi Vietnam. Aku dah 2 kali ke DMZ tapi cukuplah sekali aje masuk terowong tu.  Bila teringat pengalaman utk naik semula tu adussss mcm tak cukup nafas rasanya.  Tapi , satu pengalaman yang berbeza so bg sesiapa yang larat better masuk 3rd Tunnel tu.

Klu rasa nak pegi sendiri ke sini, mmg tak boleh ya.  Since DMZ kawasan yg sgt terkawal, hanya local agen berdaftar shj yg boleh masuk.

Macam mana nak pegi?

1. Booking online

Aku booking online aje sebab malas nak pikir bila sampai Seoul. Actually klu google ada banyak aje DMZ tours yang boleh booking online. Aku booking kat sini –> DMZ Tours dan ambik DMZ Tour 1

Tour 1 ni akan cover:
– Imjingak Park
– The 3rd Tunnel
– Dora Observatory
– Dorasan Station
– The Bridge of Freedom
– DMZ Theater

Tour ni ambik masa dalam half day aje. Aku pilih morning session, berharga KRW 40,000. Bayaran boleh dibuat samada guna cash atau credit card kat dalam bas.

2. Booking melalui Guesthouse

Kalau rasa tak sure nak pegi ke tak then boleh decide masa kat Seoul. Boleh tanya details kat owner guesthouse. Slalunya diaorg boleh tolong bookingkan.  Harga aku tak sure samada lagi murah, sama atau mahal dari harga aku booking online tu.

Nota: jangan lupa bawa air dan bekalan makanan takut kelaparan nanti.

Meh layan gambar plak kat area Imjingak Park.  
   

harapan penduduk korea selatan agar satu hari nanti korea utara dan selatan menjadi satu – imjingak
  
close up skit
  
steam train masa zaman perang
  
papan tanda menunjukkan 22km ke gaeseong ke arah utara dan 53km ke Seoul ke arah selatan
  
gambar keadaan di sempadan korea utara dan korea selatan masa perang
  
dari dekat boleh nampak kesan tembakan
  
imjingang bridge ada 2 landasan sebenarnya, satu landasan dari seoul dan satu lagi landasan ke seoul. nampak tak tiang belah kanan tu? landasan tu telah musnah masa perang
 

 

landasan yang pernah digunakan satu masa dahulu. penghubung antara korea utara dan korea selatan
 
 
freedom bridge
 
 
harapan yang tak pernah pudar untuk bersatu
 

Next aku pegi DMZ Theater dan 3rd Tunnel plak.

 

simbolik … semoga impian mereka menjadi satu kenyataan satu hari nanti. tiada lagi korea utara dan korea selatan tapi hanya dikenali sebagai KOREA
 

 

DMZ exhibition hall
  
 

  

gambar masa terowong bawah tanah dijumpa
 

Kat DMZ Theater nanti, korang boleh tgk video sejarah bagaimana peperangan antara Korea Utara dan Korea Selatan bermula.  Tersentuh jugalah sebab peperangan tu mcm bunuh darah daging sendiri.  
 

ini entrance untuk ke 3rd tunnel, berdepan dgn DMZ theater
  
beg dan kamera kena simpan dalam locker. boleh ler bawa handphone tapi kat dalam tunnel tu tak boleh ambik gambar. kalau rasa nak curi2 snap boleh ler try tapi kat dlm tunnel tu ada org yg duk memerhati 😬😬😬 better takyah ambik gambar sebab takut kena rampas plak handphone tu
  

 

kena beratur dulu, tak boleh masuk ramai2
 
inilah rupa 3rd tunnel tu
 

Lepas tu ke Dora Observatory plak. Kat observatory ni boleh tgk Korea Utara. Kat situ ada teropong dan becarefull jgn cuba2 ambik gambar. Better tanya dulu tour guide boleh ke tak ambik gambar.  Masa aku pegi 2011 mmg askar jaga betul2, klu dia nampak ada org ambik gambar askar tu rampas kamera.  Tapi visit kali ni macam tak strict sgt.  Askar takde pun jaga, tapi still becarefull ya.

 

nun disana korea utara. tak berapa clear, berkabus..
  
tekun betul mcha meneropong πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kena masukkan krw500 utk skali tgk tapi aku tak ingat berapa lama. kat tepi tu ada kaunter untuk tukar syiling.
 
  
Last skali aku pegi Dorasan Station.  Kalau ambik DMZ Tour Train then akan turun kat sini.  

  
 

dmz tour train
  

  

unik hiasan kat dalam station ni
 

Abislah DMZ Tour aku, ibrah yang diperolehi dari peristiwa perang Korea ni:

1.  Peperangan tidak menguntungkan sesiapa. Ramai yang terpisah dari saudara mara.
2. Permusuhan hanya akan menambahkan kebencian yang tidak akan pudar bila dihiasi dengan ego.
3. Janganlah kita bermusuh sesama sendiri, paling sedih sesama Islam sentiasa menyalahkan antara satu sama lain.
4. Sentiasa hidup dalam ketakutan sebab masing2 sentiasa buruk sangka dan mencari kesalahan.  Peperangan pasti meletus jika ada yang tersilap langkah.

Kita slalu bangga dengan kemodenan tapi bagi aku itu luaran shj, realitinya peperangan dimana2 shj seperti dalam zaman kegelapan.  Adakah dengan semakin canggihnya teknologi maka makin berlumba2 untuk berperang?

Semoga Allah mengampuni kita semua dan dikurniakan taufik dan hidayah.  Semoga Allah suburkan kasih sayang dalam hati semua manusia. Amin….
Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s