Autumn Trip 2015: Seoul

Entri kali ni aku nak share tempat2 yg aku visit sekitar Seoul.  Klu ikutkan banyak tempat yg menarik kat Seoul ni but still depends pada apa yg kita minat.

Memandangkan hujan renyai almost 2 hari so ada tempat yg tak berapa nak explore sgt. Sejuk gilerrrr 😁😁😁 (bagi aku yang kurus ni ler) hehehe. Angin sejuk Korea ni lagi sejuk dr masa spring trip aku kat Europe. Mmg aku tak expect sebab masa autumn trip 2011, aku rasa takdelah sejuk sgt. Pakai trench coat nipis aje. Tu sebab aku tak pernah berangan nak pegi winter trip sebab takut duk pikir nak balik Msia atau duk dalam bilik aje nanti.

Oklah meh aku share tempat2 yg aku pegi, kot2 korang suka plak ke. 😊😊😊

Gyeongbokgung Palace

harga tiket masuk KRW3,000

Gyeongbokgung Palace ni dibina pada tahun 1395.  Ini dalah salah satu istana yang ada kat Seoul selain daripada Changdeokgung, Gyeongheegung, Deoksugung.  Bagi aku cukuplah visit satu palace aje tapi klu mmg minat dengan palace, bolehlah visit semua palace yg ada kat Seoul.

Istana ni pernah musnah masa perang (1592 – 1598) dan telah di baikpulih semula masa zaman King Gojong (1852 – 1919). Istana ni agak besar dan sgt cantik especially masa autumn.

Waktu melawat:
January-February 09:00-17:00 / March-May 09:00-18:00
June-August 09:00-18:30 / September-October 09:00-18:00
November-December 09:00-17:00

* last boleh masuk 1 jam sebelum waktu melawat tamat
* Gyeongbokgung Palace tutup setiap hari Selasa
* The Royal Guard Changing Ceremony/ 3 kali sehari/ 11.00, 14.00, 16.00

How to go:
Gyeongbokgung Palace Station (Line 3, Exit 5)
 

suka design subway gyeongbokgung palace station… 😍😍
  
mmg autumn in my heart lah…. hehehe
    
suka sgt banyak pokok berwarna-warni
    
    
 
 
konon2 cam jiwang. klu tak basah dek hujan mau baring2 atas daun kuning tu
 

Tak banyak rupanya gambar bangunan yang aku ambik kat istana ni. Duk sibuk snap gambar pokok2 aje, Subhanallah mmg cantik ler autumn dalam palace ni.  Lagi satu kenapa tak ambik gambar banyak sebab (hujan + sejuk = mood tak berapa nak ada) 😬😬😬


Itaewon

Kat Itaewon aku hanya makan dan solat di Seoul Centre Mosque.

Entri pasal masjid kat –> SINI

Entri pasal MAKAN Restaurant kat –> SINI

Namdeamun Market

Namdaemun Market adalah tempat yg best utk beli souvenier.  Bagi aku murah ler gak, tapi jgn beli kat kedai tepi2 jalan.  Cari blok E/F (sbnrnya aku ingat2 lupa blok mana), kat dalam bangunan tu ada jual brooch Korea dan souvenier mcm key chain/fridge magnet dll.

Actually kat area ni ada Information Counter, so boleh tanya kat situ blok mana yg jual souvenier.

Memandangkan asyik bebenor tgk org memilih barang, aku lupa nak snap banyak2 gambar kat Namdaemun Market ni.  Kedai2 dalam bangunan ni kebanyakkan buka sampai pukul 5pm.  Bagi mengelakkan frust cubalah dtg sebelum pukul 5pm ya, hari Ahad tutup.  Kedai2 bhgn luar tu aku tak sure buka sampai pukul berapa.

How to go?
Hoehyeon Station (Line 4, Exit 5)

 

ni map namdaemun market. klu takmo pening lepas keluar kat exit 5 tu terus ke information counter (sign ‘i’) kat map… (photo source: google)
 
 
macam2 souvenier ada
  
t-shirt ‘i love korea’
  
kedai2 tepi jalan luar bangunan
 

  


Namsan Seoul Tower

Seoul Tower ni adaalah trademark Seoul. Dalam erti kata lain, tempat mesti pegi. 😍😍😀😀

Observatory Seoul Tower buka dari pukul 10 pagi sampai pukul 11 malam.  2 kali aku pegi sini tapi nak naik pun observatory sebab kena bayar KRW10,000, banyak tu hehehe. Boleh aje tgk view Seoul dr puncak bukit takyah naik observatory.

Actually Seoul tower ni cantik gak waktu malam. Klu nak dpt view 2 in 1, aku advice korang nak dalam 1.5jam before sunset. Maknanya kena sampai kat atas at least sejam before ke, lepas tu korang lepak ler kat atas sampai gelap. So nanti dpt ambik gambar tower masa siang dan malam. 😉😉 ok tak? 

Masa aku sampai ni almost nak maghrib lepas tu since hujan renyai so kat atas ni berkabus. View tak berapa clear. 

Macam mana nak pegi N Seoul Tower?

Ada 2 cara utk naik samada naik cable car atau Namsan Shuttle Bus.

1. Cable car

Kalau naik subway turun kat Myeongdong Station (Line 4, Exit 3).  Ikut belah kanan Pacific Hotel dan jalan selama lebih kurang 15 minit (15 minit ni ikut cara org Korea, mayb kalau org Msia lama skit kot hihihi), lepas tu boleh nampak stesen cable car.

Cable car beroperasi dari pukul 10:00am – 23:00pm

Admission Fees:
Adults (Roundtrip): Individuals 8,500 won / Groups 7,000 won 
Adults (One-way): Individuals 6,000 won / Groups 5,000 won   
Children (Roundtrip): Individuals 5,500 won / Groups 4,500 won
Children (One-way): Individuals 3,500 won / Groups 3,000 won

ni gambar cable car station (source: google)

P/S: cadangan aku, pegi ke Seoul Tower naik bas dan turun dgn cable car atau sebaliknya.

2. Namsan Shuttle Bus

Ada 3 bas yang boleh ke Seoul Tower depends kita kat area mana masa tu.  Kena ambik bas no 2, 3 atau 5.  Kat bawah ni aku share jalan yang akan dilalui oleh ketiga2 bas tu. (Source: VisitKorea Website)

1. Namsan Circular Shuttle Bus No. 02 
– Take the bus from the closest subway station: Chungmuro Station (Seoul Subway Line 3, 4), Exit 2 (in front of Daehan Cinema) or Dongguk University Station (Seoul Subway Line), Exit 6. 
– Interval: every 15 min
-Operating hours: 07:00 – 24:00

2. Namsan Circular Shuttle Bus No. 03 
– Take the bus from the closest subway station: Seoul Station, Seoul Square (Seoul Subway Line 1, 4), Exit 9 or Itaewon Station (Seoul Subway Line 6), Exit 4 or / Hangangjin Station (Seoul Subway Line 6), Exit 2. 
– Interval: every 20 min
-Operating hours: 07:30 – 23:30


3. Namsan Circular Shuttle Bus No. 05
– Take the bus from the closest subway station: Myeong-dong Station (Seoul Subway Line 4), Exit 3 or Chungmuro Station (Seoul Subway Line 3), Exit 2 (in front of Daehan Cinema). 
– Interval: every 15 min
-Operating hours: 07:30 – 23:30

 

lepas turun dr bas, kena mendaki skit utk ke seoul tower. jgn putus asa tau hehehe
  

   
 

sejuk berkabus. masa sampai ni dah dekay nak maghrib
  

  

  

night view
 
 
pagar kelilingntower ni penuh dgn kunci…
  

seoul city view from seoul tower
 

Dongdaemun

Apa yang ada di Dongdaemun boleh baca entri ni –> AUTUMN TRIP 2015: DONGDAEMUN – SEOUL

Abislah Seoul City story (lebih kurang) utk panduan dan manfaat bersama. Kalau betul2 nak round Seoul personally aku rasa 7 hari ok kot.  Itupun bergantung pada banyak faktor.  Tak perlu kita berlumba untuk visit semua tempat, klu boleh identify travel theme then tempat yg kita nak visit based on theme. Insya Allah last entri nanti aku cete pasal DMZ.
Till then c u in my next journet, Insya Allah.

Advertisements

One thought on “Autumn Trip 2015: Seoul

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s