Autumn Trip 2015: Seoul Central Mosque

Masjid inj terletak di Itaewon.  Itaewon ni mmg terkenal dengan pelbagai kedai halal dikalangan muslim yang dtg ke Seoul.  Memang senang nak cari makanan halal kat sini.  Kalau taknak pening pasal food, boleh cari guesthouse kat area Itaewon.

Seoul Central Mosque adalah masjid pertama yang dibina di Korea.  Pembinaan masjid ini telah dimulakan pada tahun 1974 diatas tanah seluas 5,000 meter persegi yang telah diberi oleh kerajaan Korea.  Secara rasminya masjid ini telah siap dibina dan dibuka untuk kegunaan orang ramai pada tahun 1976.

Di tingkat pertama ada bilik mesyuarat dan pejabat Korea Muslim Federation; ruang solat lelaki di tingkat ke2; tingkat 3 plak ruang solat wanita.

Sehari sebelum aku visit masjid ni, rupanya Dr. Zakir Naik datang kat sini.  Aku dpt bayangkan mesti ramai yang dtg.  Aku ada nampak iklan kelas belajar Bahasa Arab setiap hari Sabtu dan kelas tersebut open to anybody.  Maknanya tak kira muslim atau tidak boleh dtg dan kelas tu FREE.  Masya Allah bagusnya inisiatif ni.  Kebetulan masa aku sampai tu kelas baru habis dan majoriti yg hadir adalah brothers/sister (not yet muslim).  Subhanallah…. Semoga Allah kurniakan hidayah buat mereka.


How to go?

Itaewon Station (Line 6), Exit 3.
Lepas aje kuar kat Exit 3, jalan terus dalam 100m dan belok kanan ke arah jalan Usadan-ro.
Lepas tu jalan terus lagi dalam 150m dan belok kiri ke arah jalan Usadan-ro 10-gil.
Terus lagi sejauh 200m dan Seoul Central Masjid di sebelah kiri.

Note: jangan lupa sedekah dalam tabung masjid 😉

   

ruang solat lelaki
  
brothers ni kami jumpa di luar masjid, diaorg baru lepas habis kelas bahasa arab. Alhamdulillah rezwki kami dpt mengajar diaorg pronounce beberapa perkataan dalam bahasa arab. sangat kagum dengan semangat diaorg dan diaorg adalah yet to be muslim.
 

Bagi muslim traveller jgn lupa masukkan tempat ni dalam itinerary ya. 

C u in my next journey, Insya Allah…

Advertisements

2 thoughts on “Autumn Trip 2015: Seoul Central Mosque

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s