Spring Trip 2015: Claude Monet’s Garden – Giverny

Day 10: 30 April 2015

Pagi ini hujan turun seakan2 tahu yang aku sedang bersedih sebab hari ini adalah hari terakhir Spring Trip aku.  Setiap yang bermula pasti ada akhirannya. Tidak boleh tidak itulah kenyataan.  Claude Monet’s Garden destinasi terakhir dan sebagai penutup trip europe aku. Tapi pasti ada permulaan yang lain untuk journey yang lain Insya Allah.

Aku sangat2 berterima kasih pada Fuad yang sudi untuk merealisasikan impian dan permintaan aku untuk kesini wpun takde dalam plan asal.  Siapa Fuad? tunggu next entri ya Insya Allah. 😉 Sebenarnya aku dah tak ingat macam mana aku tau tempat ni rasa2 jumpa kat Mr Google.  Bila tengok gambar, Masya Allah cantiknyaaaa!

Monet adalah seorg pelukis yg terkenal di France. Tapi aku nak minta maaf, aku tak kenal sebenarnya siapa Monet dan sebab terjumpa Monet’s garden ni barulah aku survey skit siapa Monet. 😁😁😁

Monet (source: google)

Giverny adalah sebuah kampung yang kecil, terletak 80km dari bandar Paris.  Monet telah berpindah ke Giverny pada tahun 1883 bersama keluarganya.  Disekeliling rumah Monet terdapat taman yang sangat cantik, penuh dengan bunga-bungaan sebagai inspirasi kepada Monet untuk melukis.

view tepi jalan masa on d way ke monet’s garden

Claude Monet’s Garden ni dibuka dari akhir bulan Mac hingga awal November.  Tiket boleh beli online atau onsite.  Berdasarkan pembacaan aku, kdg2 visitor Monet’s Garden ni sangat ramai so advisable beli online kalau nak elakkan ‘Q’ panjang.  Information lanjut boleh klik –> SINI.

Walaupun hari masih hujan bila aku sampai sini, tapi itu tidak melemahkan semangat aku nak round Monet’s Garden.  Masa nilah kitaorg boleh gunakan baju hujan yang dibawa. 😅😅

Jom layan gambar plak.

map sekitar rumah dan taman Monet

Ada 2 bahagian Monet’ Garden ni…

1. Flower Garden – Clos Normand (hadapan rumah Monet)

 

taman depan rumah monet
  

  

suka sangat sebab banyak bunga tulip 😍😍
  
merah itu menawan
    
  
small ‘keukenhof’
  
ke arah rumah monet
  
purple tulips
  
claude monet’s garden main alley
  
pink and red tulips
  
bergaya dengan baju hujan 😀
 


2. Water Garden

 

parit sekitar water garden
  

memang best ambik angin petang kat taman ni
  
sangat tenang, tak mustahil monet dapat banyak idea untuk melukis kat sini
 
 
another side water lily pond
  

japanese bridge
  
water lily pond
 
  
keep walking and enjoy
 
another pond
  

   

japanese bridge ni main spot untuk ambik gambar. rezeki aku sebab org tak ramai, kalau tak ramai bergambar atas ni
 

Aku rasa kalau cuaca cerah taman ni mesti sgt cantik.  Dalam hujan dan sejuk pun aku rasa cantik inikan pulak kalau ada matahari dan langit yg cerah.  Hikmah hari hujan, visitor tak ramai sgt mcm yang digambarkan hasil pembacaan aku. So boleh ambik gambar slow and steady; dan less crowded.

Walaupun europe trip aku berakhir disini tapi ia bukanlah pengakhiran musafir aku.  Alhamdulillah impian telah jadi kenyataan.  DARE TO DREAM coz Dreaming is FREE.

Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

Advertisements

5 thoughts on “ Spring Trip 2015: Claude Monet’s Garden – Giverny

  1. Seronoknya baca Spring Trip 2015 akak ke europe especially Swiss. Tersenyum2 sy tengok cantik2nya alam ciptaan Tuhan. Mudah2an satu hari nanti sy diberi kesempatan utk smpi ke tempat2 tersebut jugak. Two thumbs up! 👍👍😍

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s