Spring Trip 2015: Lauterbrunnen/ Interlaken – Switzerland

Day 6: 26 April 2015

Alamak! Last day kat Swiss πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

Seriously aku tak puas sebenarnya. Sebab semuanya cantik dan macam dalam mimpi.    

Entry kali ni aku nak share pasal Lauterbrunnen dan Interlaken yang terletak antara Lake Thun & Lake Brienz (antara 2 tasik). Lauterbrunnen/Interlaken ni terkenal sebab dekat dgn Jungfrau Region. Jungfrau adalah salah satu gunung yang menjadi tarikan tourist tapi tak masuk dlm list aku since dah pegi Titlis.  

Jungfrau is another reason why I need to repeat Swiss. Insya Allah.

Tempat2 yang aku pegi:-

1. Staubbach Falls – Lauterbrunnen

2. Trummelbach Falls – Lauterbrunnen

3. Interlaken Town

4. Harder Kulm – Interlaken

Jom layan gambar yang tak seberapa hasil petikan jari aku ni. Hopefully korang tak boring ler 😘😘😘

 

di pagi hari… snap dr luar bilik

 
lonely road
 
menuju ke lauterbrunnen

 
tengok dari jauh pun dah terasa sejuk kat atas gunung tu
 
lauterbrunnen… kat sini banyak guesthouse or hostel . insya Allah next time aku nak stay kat sini plak
 

 

lauterbrunnen
 
 
tenang aje…
 

Staubbach Falls

Terletak atas skit dr Lauterbrunnen. Ketinggian air terjun ni dlm 300 meter dari tebing.  

Kat sini kitaorg spend time posing2 aje sementara tunggu Trummelbach Falls buka.

 

falls

 
air sungai yang mengalir
  

keep walking

Trummelbach Falls

Actually tak jauh pun dengan Staubbach Falls. Klu dari arah Lauterbrunnen akan lalu Trummelbach dulu.

Dibuka setiap hari; 9am – 5pm (April to Nov), 8.30am – 6pm (July to Aug).  Elok datang awal pagi klu nak elakkan kesesakan sebab tempat kat dalam gua tu tak besar sangat.

Harga tiket: CHF11 – Dewasa, CHF4 – kanak2

  
Trummelbach atau galcier waterfalls ni masuk dalam senarai UNESCO World Heritage site. Terdapat 10 waterfalls dalam gua ni. Ambik masa lebih kurang 1 jam tour.

 

boleh ikut guideline ni utk tengok 10 waterfalls yang ada

  
on d way nak ke arah trummelbach dari tempat parking
  
kena naik tunnel elevator kat dalam gua tu.

Kat dalam tu sejuk dan basah, so better bawa jacket/raincoat dan elakkan pakai kasut yg licin.

Antara view waterfalls kat dalam gua.

   

  

  

  

  

  

  

Pemandangan kat luar Masya Allah cantik sangat.  Tak boleh nak describe dengan kata2, entah berapa kali aku jatuh cinta dengan Swiss.  πŸ’žπŸ’žπŸ’ž

   
   
Lebih sejam gak ler kitaorg kat sini. Dah tu macam2 gaya masing2 bergambar. Hehehe

Interlaken Town

Gerak ke Interlaken town plak. Jalan2 pusing bandar.

  
 

baru nak masuk town
  
tak sesak
 
hostel kat interlaken
  
    
  
  
city tour train
  
hotel mewah kat interlaken
  
tulip
  
tulip lagi
  
kalau suka aktiviti lasak boleh cuba paragliding
  

Masa kitaorg sampai sini tapak kasut Raudzah tertanggal. Sian die sebab dua2 tapak kasut yang tertanggal. Lepas Swiss banyak lagi tempat lain yang kitaorg nak pegi. So bermulalah misi mencari kedai kasut.

Dalam banyak2 kedai kat Interlaken ni kitaorg jumpa satu aje kedai yg jual ala2 sport shoes. Kedai lain banyak jual kasut yang x sesuai utk travel.

Jangan ditanya harga kasut hehehe tapi worth to buy. Selesa gilerrr kasut tu.  Paling best owner kedai tu mmg pakar kasut. Service tip top, kat Msia tak pernah aku dpt service dan advice macam tu bila beli kasut.

uncle tu tgh sembur something utk water resistant. aku pun x bape faham sgt sebenarnya hehehe
  

konon nak beli satu at last beli 3. aku gan siti terjebak skali beli kasut ni sebab mmg best giler klu jalan.

 

 Harder Kulm

  
Harder Kulm ni last minute gak ler masuk dalam list. Terletak kat town ni juga so mcm alang2 dah sampai sayang plak klu tak pegi. Aku tau pasal tempat ni dari John (kakiberangan.blogspot.com). John pegi Swiss last year, bila tgk gambar kat blog die cam cantik ajeeee.  Aku pun berangan nak pegi sini πŸ˜‰

Rezeki kitaorg sebab Harder Kulm baru buka hari yang kitaorg pergi tu. Aku tak sure kenapa sebelum ni tutup. Since baru buka so harga pun dapat harga promosi CHF15 return. Kalau harga biasa CHF30 return. Tapi siapa yg guna Swiss Pass boleh dpt discount.

 

aare river nama diberi
  
tempat beli tiket
 
harder railway.. ada org kate macam kat bukit bendera
  
kena jalan skit utk pegi top of harder klum
 

Subhanallah sangat cantik Interlaken dr atas ni. 

   

lake thun
  
lake brienz
  
interlaken
  
spot paling cantik utk ambik gambar. kena tunggu turn ya
 

Berakhirlah sudah journey aku kat Swiss. Definitely aku akan repeat, bila? aku serahkan pada Allah. 

Walaupun sedih tapi Interlaken menjadi kenangan paling indah aku ketika di Swiss.

Alhamdulillah…

Beberapa fakta yang aku nak share:

1. Boleh guna duit Euro tapi diaorg consider value 1 to 1. Contohnya harga barang CHF3 so boleh bayar dgn harga €3. Rugi skitlah sebab currency CHF slalu rendah skit dr Euro.

2. Barang2 kat Swiss agak mahal. Fridge magnet paling murah pun dlm CHF7. So utk org cam aku just enjoy the view. πŸ˜€

3. Kalau betul2 nak menghayati nature better naik train. Guna Swiss Travel Pass, jimat banyak. 

So see you in my next journey….

Advertisements

One thought on “Spring Trip 2015: Lauterbrunnen/ Interlaken – Switzerland

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s