Matta Fair: Perlu ke pergi?

  
Matta fair kali ke2 tahun ni berbaki lagi 4 hari. Bagi yang tidak tahu, matta fair diadakan 2 kali setahun iaitu bulan Mac dan Sept. 

Kebanyakan pengunjung matta fair samada nak cari pakej pelancongan atau tiket flights.

Aku bukannya slalu pegi matta fair pun, setahun mayb pegi sekali aje.  Entri kali ni aku nak share apa yg aku buat sebelum matta fair dan semasa matta fair.

Apa yang aku buat ni tak semestinya aku dah ada plan utk travel.  So jgn anggap matta fair hanya untuk yang nak travel aje, yang belum ada plan pun boleh.

SEBELUM Matta Fair

2/1 minggu sebelum tarikh matta fair aku dah mula selak newspaper especially The Star. Slalunya travel agency dan airlines dah iklan harga promosi.

Boleh juga check online website airlines senarai harga promosi.

FYI: kdg2 ada travel agency menawarkan  harga Pre Matta Fair. Murah skit compare dgn harga masa Matta fair. 

SEMASA Matta Fair

1. Pilih hari yang sesuai dan pergi awal pagi. 

Matta fair selama 3 hari, dari hari Jumaat hingga Ahad. Slalunya aku pergi Jumaat waktu lunch utk 1st visit. Cukuplah bg aku since lunch hour 2 jam 30 minit. 1st visit ni adalah penentu samada perlu dtg semula atau tidak hari ke2 atau ke3.

2. Pergi semua booth

Slalunya both yg menawarkan percutian local dan international diasingkan di hall atau tingkat yg berlainan. So klu ada masa pegi semua booth, klu tak cukup masa you have to choose.

Buat apa pergi semua booth? 

Actually aku pergi semua booth utk kutip flyers shj, bukan nak tanya details. Insya Allah cukup masa.  Kutiplah sebanyak mungkin tanpa perlu pilih destinasi yg kita nak pergi.

3. Go through flyers

Lepas dah ambik semua flyers, boleh cari satu sudut dan go through semua flyers tu. Since aku pegi lunch hour then aku balik office dulu. Petang/malam aku akan go through satu2 semua flyers.

Masa go through ni lah kita boleh compare harga, atau offer yg ada menarik ke tak. Bagi mereka yg suka backpacking, selalunya promosi airlines tickets yang akan menarik perhatian. Bagi yang suka ikut travel agent, bolehlah tgk destinasi yg menarik based on budget. 

Bagi aku plak, flyers tu akan jadi guideline utk aku especially senarai harga flights.  Senang aku nak buat budget dan paling penting the cheapest price that we can get. Promotion price bukan masa matta aje so at least kita boleh compare samada berbaloi atau tidak tunggu offer matta fair.

Jika korang ada jumpa offer yg menarik boleh lah pegi semula ke booth berkenaan pada hari Sabtu atau Ahad. Dengan cara ini kita dapat jimatkan masa dan tak perlu pergi semua booth sebab weekend slalunya lagi ramai org.

šŸš„āœˆļøšŸš˜šŸš 

Itulah serba sedikit aktiviti yang aku buat kalau ada matta fair. Aku slalunya survey harga flight for future reference. Airlines  slalu gak buat promotion bukan masa matta aje cuma bila kita slalu survey kita boleh agak bila airlines slalu offer harga yang terendah. 

Matta fair bulan 9, slalunya offer utk travel period sampai Mac tahun berikutnya. Kdg2 ada yang sampai April. So klu dah tahu bila nak pegi travel bolehlah pilih nak pegi Matta fair bulan Mac atau Sept.

So dah dapat idea apa nak buat? Dan perlu tak pergi matta fair? 

Dalam keadaan RM yang tidak stabil, ramai yang mungkin terpaksa simpan dulu rancangan untuk travel.  Dreaming is free and Dare2dream, insya Allah satu hari nanti pasti menjadi kenyataan.

Advertisements

2 thoughts on “Matta Fair: Perlu ke pergi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s