Apa yang ada dalam bagpack saya?

Mood nak menulis Europe Spring Trip belum ada… Huhuhu  Hari ni mood nak menulis selain dari My Journey tapi still ada kena mengena dengan travel.

Aku just nak share apa yg ada dalam bagpack aku klu pegi travel. Bukan bagpack isi baju tau, bagpack ni mcm pengganti handbag atau sling bag bagi aku.  Senang nak bawa dan isi barang.

Inilah bagpack aku… Teman sepanjang aku bermusafir

Apa yang aku isi dalam beg ni? 

1. Spray wudhu’

Kalau pegi travel kita tak boleh expect dapat ambik wudhu’ di tempat yg selesa. So kena sentiasa bersedia untuk solat dimana sahaja.

 

Inilah spray yang aku slalu bawa. [gambar dari Google.com]
 
 
Lepas ni aku akan bawa spray wudhu’ ni. Beli dari Traveller’s Kit, boleh search kat FB. Bukan setakat boleh guna untuk wudhu’ tapi boleh juga digunakan dalam toilet.

Kenapa perlunya spray wudhu’?

Paling utama bagi aku adalah untuk menjaga kebersihan toilet sekiranya kita ambil wudhu’ dalam toilet. Kebanyakkan toilet terutama negara Eropah toilet diaorg sgt bersih dan kering. Jadi dgn menggunakan spray wudhu’ kita dpt mengelakkan toilet dr basah jika ambil wudhu’ di sinki.

2. Sejadah

Sejadah nipis dan mudah dilipat serta tak ambil ruang beg yg banyak.

Walau kemana kita pergi jgn tinggalkan solat dan paling utama kena belajar cara solat jamak dan qasar.  Itu adalah satu nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya yang bermusafir.  

Sejadah amat berguna sekiranya kita kena solat kat padang ke, kat parking lot ke atau mana sahaja sebab jgn expect akan jumpa musolla/masjid kalau terjumpa Alhamdulillah dan kalau tak jumpa bukan alasan tidak solat.

3. Kain Batik

[gambar dari Google.com]

Ni special skit hehehe especially utk muslimah.  Aku bawa kain batik ni sebab in case kena ambil wudhu’ kat tempat yg tiada pelindung.  So gunalah kain ni utk buat penghadang ambil wudhu’ spy tak nampak aurat rambut kita masa nak sapu muka dan kepala.  

Boleh imagine tak nak buat camne? Masukkan kain batik dari atas kepala. Lepas tu duduk (tak kisah nak duduk macam mana atau mencangkung hehehe). Kain belah atas minta kawan pegang, yang penting kain tu mesti melebihi kepala. So boleh buka tudung dan ambik wudhu’ dalam kain tu.  OK tak? Aku harap korang faham dan boleh imagine.  Insya Allah.

4. Jubah (optional)

Abaikan background yang tak cun tu hehehe

Actually aku tak bawa jubah, aku just tambah untuk muslimah yg tidak memakai baju yang ready to solat.  So boleh sarung aje jubah dan pakai tudung. Lepas tu dah boleh solat. 

Ini adalah option lain klu taknak bawa telekung.  Bagi aku jubah yang beli kat Mekah sgt sesuai, lembut dan besar so senang nak gulung2 dalam bagpack.  

Bagi kaki plak boleh spare stokin atau klu pakai sport shoes boleh aje solat dgn kasut as long as takde najis. 

5. Barang2 lain

Dah abis barang wajib yang ada dalam bagpack aku.  Barang2 lain yang aku bawa…

– power bank

– buku nota dan pen

– handphone (pastikan install application tunjuk arah kiblat)

– wet tissue

Sebenarnya terpulang pada individu barang apa yg nak dibawa mengikut kepentingan masing2. Aku harap dgn perkongsiaan ni dapat membantu korang especially mereka yg baru 1st time nak travel.

Musafir mengajar kita untuk keluar dari zon selesa so pandai2lah adjust mengikut keadaan.  Kalau nak perfect seperti dirumah atau Malaysia then adalah lebih baik travel dalam negeri dulu. πŸ˜‰

Advertisements

2 thoughts on “Apa yang ada dalam bagpack saya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s