9 Destinasi ‘Wajib’ bagi Pelancong Muslim

Aku nak kongsi 9 destinasi yang ‘wajib’ kita pegi sebagai pelancong muslim.  Dalam dream list kita mesti banyak negara atau tempat yang kita nak lawati so pastikan 9 tempat yang aku nak ceritakan ni dimasukkan dalam list korang.  Walaupun dah ada dalam list tapi kita kena tgk juga keadaan semasa sebab kalau dah tempat tu tak aman tak sesuai untuk kita melancong.

Sumber kandungan aku refer Majalah al-Ustaz (isu #20).

1. Makkah – Arab Saudi

Source: Google
Sejarah : Tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Di sini terletaknya Masjidil Haram yang dalamnya terdapat Kaabah iaitu kiblat umat Islam.

 

 

 

 

2. Madinah – Arab Saudi

Source: Google
Sejarah: Masjid pertama umat Islam terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

Makam Nabi Muhammad terletak di dalam Masjid al-Nabawi.  Berdekatan Masjid al-Nabawi terdapat perkuburan Baqi’ iaitu makam ahli keluarga dan sahabat Nabi.

 

 

3. Baitul Maqdis – Palestin

Source: Google
Source: Google
Sejarah: Kiblat pertama pada zaman Nabi Muhammad sebelum ditukar kepada Kaabah di Masjidil Haram.

Masjid Aqsa sebenarnya berkubah hijau kehitaman bukan berkubah kemasan seperti dalam gambar. Kubah emas itu ialah ‘Dome of Rock’ yang di dalamnya terdapat sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj.

 

4. Istanbul – Turki

Azuratravelogue 2013
Azuratravelogue 2013
Dulu dikenali sebagai Constantinople.  Kota ini berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih.

Antara tempat menarik untuk dilawat ialah Masjid Biru, Istana Topkapi, Pamukkale (Cotton Castle), Hagia Sophia.

 

5. Andalusia – Sepanyol

Azuratravelogue 2014
Azuratravelogue 2014
Andalusia ialah pusat kerajaan Islam Bani Ummaiyah. Asalnya wilayah ini dihuni oleh bangsa kafir. Kemudian Tariq ibn Ziyad dan Musa ibn Nusayr menentang pemerintahan zalim bangsa Visigoth.

Antara tempat yang menarik ialah Istana al-Hambra, Selat Gibraltar, Masjid Cordoba, Ronda, Toledo.

 

6. Petra – Jordan

Source: Google
Source: Google
Petra merupakan salah satu Tujuh Keajaiban Baru Dunia. Keunikan Petra ialah pada ukiran dan pahatan batuan cadas berwarna merah dengan ketinggian mencapai 40 meter. Ia adalah hasil ukiran Kaum Nabataean.

 

 

7. Kaherah – Mesir

Source: Google
Source: Google
Kaherah merupakan Kota Nabi Musa. Nabi yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran.

Antara tempat yang boleh dilawati ialah Piramid, Citadel (rumah pemerintah mesir berusia 700 tahun), Gereja Gantung.

 

 

8. Damsyik – Syria

Source: Google
Source: Google
Masjid Umawi ini merupakan antara tempat yang boleh dilawati. Ia dibina oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Bagaimanapun dengan keadaan Syria buat masa ini mungkin tidak sesuai untuk melancong ke Damsyik.

 

 

9. Dubai – UAE

Azuratravelogue 2013
Azuratravelogue 2013
Dubai antara negara Islam yang maju dan berteknologi tinggi. Burj Khalifa merupakan antara tarikan pelancong kerana ia adalah bangunan tertinggi. Selain dari itu, di Dubai juga terdapat pulau buatan terbesar iaitu Palm Islands.

 

Walaupun 9 destinasi tersebut adalah sangat wajar sebagai pelancong muslim untuk kita lawati, itu tidak bermakna kita tak boleh pergi negara lain.  Melancong ke negara bukan Islam adalah harus selagi kita dapat menjauhkan diri daripada perkara2 haram, mengekalkan jati diri sebagai Muslim dan tidak terpengaruh dengan budaya mereka yang bertentangan dgn syariat Islam.

Wallahuaalam….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s